Nilai Diri Anda Melalui Ujian Kebolehan, Ujian
Personaliti dan Ujian Motivasi
Adakah anda bingung memikirkan aliran
atau kursus yang harus anda ambil
yang sesuai dengan anda? Adakah anda ingin memilih aliran sains atau sastera?
Mungkin juga perakaunan? Adakah anda sedang mencari pekerjaan, tetapi tidak
pasti kerjaya apakah yang sesuai dengan kehendak dan personaliti anda?
Ataupun anda sudah bekerja, tetapi masih merasakan bahawa pekerjaan yang
anda lakukan tidak serasi dengan anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan
yang anda impi-impikan selama ini?
Jika anda berada di dalam dilema untuk
memilih, buku ini mungkin boleh memberi jawapan kepada soalan-soalan yang
sedang anda cari selama ini.
Buku ini bertujuan
untuk memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam karier
masing-masing. Buku ini dapat membantu anda menilai kebolehan diri anda dan
seterusnya mentafsir bidang yang manakah lebih sesuai dengan kebolehan dan
tahap pemikiran anda...
|